Thursday, February 25, 2010

Mini Cup Cake & Blueberry Cheese Tart

Biasa kalau cuti2 panjang ni kena plan awal2 nak msk aper...biasa bapak n anak2 teruna tau lapar je...
buat mini cc n blueberry cheese tart ..kebetulan adik dr Kajang pun turun Kuantan...so layan..
ni beli cc yg ready mix je..just add egg+oil+water.

Mini Cup Cake

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART

Untuk doh pastri:
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg
Blueberry filling

pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg/pakai sudu pun boleh dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Masak pastri tu dulang letak kat tengah, pakai api atas & bawah. Kalau suka pastry garing bakar lama sikit 12-15minit. Untuk filling masak pakai api bawah je 10minit.

No comments: