Friday, May 29, 2009

Kek Gula Hangus

Last week sempat la cube resepi ni...tengok ramai yg cube buat, memang sedap.

Kek Gula Hangus

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar.
Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali...
Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:- Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah

1 comment:

SHARIFAH NURUL FARHANA said...

along nampak cam x bes jer..hehe tp rase nyer bes tau..sampai menjilat ibu jari kaki..haha