Thursday, October 7, 2010

Blueberry Swiss Roll

Saje buat untuk makan2, hb yg request suruh buat swiss roll ni...kembang jugak biler org puji sedap..lg2 kalau hb yg puji..he..he..x silap ambik resepi ni dr kak ummi ktn. Tq ya sbb sudi kongsikan resepi yg simple & sedap ni.


Bahan:-
6 biji telor gred A
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalllet
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega cair
sedikit coklat emulco
Jem blueberry or ape2 filling yg digemari

Cara- Cara:-
Telor, gula, ovallete, baking powder, esen vanila, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7 minit). Masukkan mentega cair, kacau rata-rata. Asingkan sedikit 1 cawan adunan ke dalam bekas lain, masukkan coklat emulco, kacau rata-rata dan masukkan adunan ke dalam piping beg. Ketepikan. Kemudian tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang yang telah digris dan diletak baking sheet, ratakan adunan. Paipkan adunan coklat tadi memanjang dengan jarak 1 1/2 in di atas adunan yang diratakan dalam loyang. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari atas dan ke bawah. Bakar dalam oven selama 20 mint dengan suhu 170C. Apabila kek sudah masak dan benar2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping baking sheet lain, sapukan jem rata dan gulung perlahan sehingga kemas. Siap. Potong semasa menghidang.

No comments: