Wednesday, March 31, 2010

Class Cupcakes

Mmg best la join class bersama zatidhati. Kak Zati n family tq so much...
So ini la hasil cc yg dibuat ari tu...
Walaupun 3 org je dlm kelas ari tu- Lin, Mas n myself tp mmg x boring sampai sedar2 dah magrib baru siap 25pcs cc.




CC basket with fondant


cc hat with fondant
























Tuesday, March 23, 2010

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ayam ni mkn dgn nasi minyak td pas tu buat acar mentah je.

Nasi Minyak

Nasi Minyak



Resepi :-
2 cawan beras basmathi
2 cawan air 1/2 tin susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
1/2 cawan minyak
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
2 helai daun pandan (simpul)
Garam dan gula
sedikit kacang peas
sedikit kismis (i tambah)
bahan tabur : bawang goreng, gajus yg telah dibakar



Wednesday, March 17, 2010

American Chocolate Cake


Memang best & soft & moist cake ni..nak buat pun very simple n easy. C&P resepi from kak ummi yg mmg rajin baking cake.
BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
2 cups flour*
2 cups granulated sugar - guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;:-
1. Ayak bahan * sekaligus
2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air.
3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja)
Bahan Topping/Ganache:- (Note: akak wat separuh dr bahan ni)
1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
secubit garam
Cara:-
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

Cup Cake

My Sis bw g hospital for staff n patien. Just simple deco on cc.




Mee Jawa


Mee Jawa

Bahan-bahan ( 8 org ):-
1 kg mee kuning - dicelur
4 biji telur rebus
taugeh
2 keping tauhu - potong dadu
daun bawang & daun sup - dihiris halus
cili api @ cili jeruk (*akak xda cili jeruk ni)
lemon @ limau nipis
bawang goreng

*** utk kuah***
500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
200 gm daging - dipotong kecil-kecil (*akak xda stok)
200 gm udang
3 sudu besar udang kering - dikisar halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 cm halia - dikisar halus
1 cm lengkuas - dikisar halus
1 batang serai - dikisar halus
500 gm ubi keledek/kentang - direbus dan dikisar halus
3 sudu besar rempah kari daging
minyak utk menumis
10-15 tangkai cili kering
1/2 kiub ayam
garam & gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara:-
1.Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus.
2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
3.Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
4.Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
5.Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
6.Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak.
7.Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
8.Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
9.Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2...